Beberapa minggu lepas aku beri surat berhenti kerja kepada bos aku. Sesungguhnya aku tidak ada masalah sepanjang aku bekerja di sini tetapi disebabkan hidup aku terasa agak mendatar, tiada masa untuk diri sendiri dan tiada turun naik dalam kehidupan, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku perlukan sesuatu yang baru dan berbeza untuk terus hidup menempuh sisa-sisa kehidupan.
Sebaik saja bos aku dapat surat berhenti kerja yang aku berikan, dia sendiri datang berjumpa dengan aku untuk tanya apa masalah aku dan dia mahukan alasan kenapa aku nak berhenti kerja. Katanya dia tak berpuas hati dengan alasan yang aku tulis dalam surat berhenti kerja.
"You sudah lama kerja sini, kenapa tiba-tiba you mahu berhenti ? Masalah gaji ka ?" Bos aku berbangsa Cina bertanya.
"Gaji ok, bos. Cuma saya rasa saya dah tak boleh buat kerja ni. Saya rasa saya perlu buat kerja lain" Aku jawab gugup.
Ya. Perasaan gugup adalah satu perasaan yang cukup cilaka. Bilamana perasaaan gugup bercampur dengan perasaan ingin berterus terang, jawapan yang terhasil adalah sangat tidak memuaskan. Jawapan tidak tepat dan tidak mampu memuaskan hati penerima.
"You kerja sudah kerja sini lebih 5 tahun. You sudah jaga bisnes saya, saya mesti jaga you, you pekerja saya"
Aku hanya mampu senyum. Serba salah.
"Macam inilah, you ambil cuti dulu seminggu. Lepas seminggu you datang kerja balik. Lepas tu kita bincang balik pasal gaji dan saya berikan 3 bulan gaji pada you untuk bonus raya" Bos aku cuba memancing aku.
"Nanti laa saya fikir balik" Aku jawab tanpa berfikir panjang.
"Saya harap jawapan yang terbaik dari you" Bos aku menepuk bahu aku berkali-kali sebelum berlalu pergi.
Aku hanya senyum. Aku dapat rasakan bos aku meletakkan segunung harapan ketika menepuk bahu aku berkali-kali. Dan aku dapat merasakan beban yang teramat berat di bahu.
Malam itu aku tidur dalam keadaan mata tercelik bila memikirkan bonus sebanyak 3 bulan gaji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan