Ahad, 26 Julai 2015

Orang Yang Aku Jelek

Di sini aku senaraikan 5 jenis perangai manusia yang kalau boleh aku tak nak tengok di muka Bumi. Kalau boleh pupus macam Dinasour, biar pupus.

1. Orang yang memakai cermin mata hitam ketika berada di dalam shopping mall atau waktu malam
Orang yang berperangai macam ni sejujurnya aku tak faham apa yang bermain di dalam fikiran dia. Gila apa dalam shopping mall pun nak pakai cermin mata hitam, dalam shopping mana kena silau matahari.

2. Pemandu kereta/motor yang memandu serupa orang gila, cilok sana sini tapi berhenti di lampu isyarat bila lampu isyarat bertukar warna merah
Kemonlah. Masa memandu/menunggang bukan main serupa orang gila kau mencelah, cilok sana sini bajet kau Dom berlumba dengan Letty tapi bila sampai di lampu isyarat, kenapa berhenti di lampu isyarat ? Langgar je lampu isyarat tu, untung-untung terbalik kereta/motor kau kena sodok dengan kenderaan lain.

3. Beli barang berharga rm1.50 tapi bayar guna duit rm50 dan yang paling cilaka, 50sen pun tak ada
Aku tahu kau anak orang kaya, bapak kau VVVVVIP, semua kepala Agung dalam dompet kau besar tapi tak kanlah dalam poket kau langsung tak ada duit syiling atau duit kecil ? Kau ingat kedai ni tempat nak pecahkan duit ke ? Kau ingat penjaga/tokey kedai ada masa ke nak layan perangai bangang kau, setan ?

4, Pasangan yang nak berkepit 24 jam, tak nak lepaskan tangan/pelukkan
Ok. Aku tahu kau dan pasangan kau adalah pasangan yang paling sweet, paling ideal dan tak kan mampu dipisahkan melainkan ajal tapi cubalah berperangai matang sikit. Cilaka apa berjalan di pasar malam pun nak berpeluk mengalahkan budak kecil. Nak beli laksa sebungkus pun tangan pakwe/makwe tak nak lepas. Babi apa ?

5. Monyet masuk panggung wayang
Aku suka tengok wayang. Seboleh-bolehnya paling kurang sebulan sekali aku akan panggung wayang untuk menghilangkan stress. Ya, wayang boleh membuatkan aku hilang stress tapi silap hari aku pergi, keadaan dalam wayang boleh membuatkan rasa nak riot tumbuk muka orang. Aku malas nak kabor menda halnya dalam wayang sebab aku rasa kau pun rasa macam aku rasa.

Cukuplah setakat ni 5 orang berperangai menjengkelkan bagi aku, ada masa nanti aku tambah lagi cukupkan 10.

Khamis, 23 Julai 2015

Bos

Beberapa minggu lepas aku beri surat berhenti kerja kepada bos aku. Sesungguhnya aku tidak ada masalah sepanjang aku bekerja di sini tetapi disebabkan hidup aku terasa agak mendatar, tiada masa untuk diri sendiri dan tiada turun naik dalam kehidupan, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku perlukan sesuatu yang baru dan berbeza untuk terus hidup menempuh sisa-sisa kehidupan.

Sebaik saja bos aku dapat surat berhenti kerja yang aku berikan, dia sendiri datang berjumpa dengan aku untuk tanya apa masalah aku dan dia mahukan alasan kenapa aku nak berhenti kerja. Katanya dia tak berpuas hati dengan alasan yang aku tulis dalam surat berhenti kerja.

"You sudah lama kerja sini, kenapa tiba-tiba you mahu berhenti ? Masalah gaji ka ?" Bos aku berbangsa Cina bertanya.

"Gaji ok, bos. Cuma saya rasa saya dah tak boleh buat kerja ni. Saya rasa saya perlu buat kerja lain" Aku jawab gugup.

Ya. Perasaan gugup adalah satu perasaan yang cukup cilaka. Bilamana perasaaan gugup bercampur dengan perasaan ingin berterus terang, jawapan yang terhasil adalah sangat tidak memuaskan. Jawapan tidak tepat dan tidak mampu memuaskan hati penerima.

"You kerja sudah kerja sini lebih 5 tahun. You sudah jaga bisnes saya, saya mesti jaga you, you pekerja saya"

Aku hanya mampu senyum. Serba salah.

"Macam inilah, you ambil cuti dulu seminggu. Lepas seminggu you datang kerja balik. Lepas tu kita bincang balik pasal gaji dan saya berikan 3 bulan gaji pada you untuk bonus raya" Bos aku cuba memancing aku.

"Nanti laa saya fikir balik" Aku jawab tanpa berfikir panjang.

"Saya harap jawapan yang terbaik dari you" Bos aku menepuk bahu aku berkali-kali sebelum berlalu pergi.

Aku hanya senyum. Aku dapat rasakan bos aku meletakkan segunung harapan ketika menepuk bahu aku berkali-kali. Dan aku dapat merasakan beban yang teramat berat di bahu.

Malam itu aku tidur dalam keadaan mata tercelik bila memikirkan bonus sebanyak 3 bulan gaji.

Jumaat, 10 Julai 2015

Ketuanan Sakit Gigi

Mengikut kata sesetengah bijak pandai, penyakit sakit gigi berpunca dari memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti makan makanan orang lain tanpa izin, hisap rokok secara membabi-buta, makan rasuah tak ajak kawan-kawan dan beberapa hal lain yang saya tidak dapat ketahui.

Sesetengah orang beriman pula mengatakan penyakit sakit gigi merupakan pencuci dosa. Mungkin Tuhan "bayar cash" dengan apa si mangsa telah lakukan di sepanjang kehidupan lalu mendapat sakit gigi.

Terus terang saya katakan, jika penyakit sakit gigi ini merupakan satu hukuman untuk pendosa, saya tidak dapat bayangkan bagaimana seksa-Nya hukuman untuk pendosa di Akhirat nanti.

Bisanya sakit gigi hanya Tuhan, orang yang pernah mengalami dan orang pernah bersalin saja yang tahu. Ada ura-ura mengatakan yang kononnya bisa sakit gigi sama seperti orang bersalin. Walau bagaimana sekalipun, ura-ura ini tidak dapat dipastikan kerana belum ada bukti kukuh yang mampu menjelaskannya.

Masalahnya sekarang, saya sakit gigi ni.

Surat Untuk Bos

All Star Entertainment 
Lot 1.82, Tingkat Satu Berjaya Megamall,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

06 July 2015

PERKARA: Notis Berhenti Kerja

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Malik Ridzuan Bin Abd Raji ingin memaklumkan kepada Tuan/Puan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 16 July 2015.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, di sini saya nyatakan 2 tujuan mengapa saya ingin berhenti kerja. Pertamanya adalah kerana saya tidak dapat melakukan kerja dengan baik seperti mana Tuan/Puan inginkan. Demi mengelakkan syarikat Tuan/Puan mengalami bankrap jatuh muflis, saya membuatkan keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya menamatkan perkhidmatan saya di syarikat Tuan/Puan. Alasan kedua saya ingin berhenti kerja adalah kerana saya ingin menikmati keriangan hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan lapang dada tanpa memikirkan hal kerja. Sesungguhnya bercuti tetapi memikirkan hal kerja adalah sesuatu yang patut ditentang habis-habisan, baik dari sektor kerajaan mahupun swasta.

3. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana sudi memberi tunjuk ajar dan gaji yang memuaskan sepanjang saya bekerja di sini. Saya juga mengaku keputusan saya ini adalah kerelaan dari hati saya sendiri tanpa mendapat paksaan dari mana-mana pihak.

4. Diharap pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan/Puan adalah sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar
Mohd Malik Ridzuan Bin Abd Raji