Selasa, 29 Disember 2015

Buku 2015

Sempena menyambut tahun 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi sekaligus meninggalkan tahun 2015, biarlah saya ambil berkongsi sedikit bahan bacaan saya di tahun 2015 ini. Saya malas hendak menulis panjang berjela serupa Tembok China, jadi inilah bahan bacaan saya dari awal Januari sehingga 29 Disember 2015. 

Cengkidaut ! 

Lesong karya Hafiz Zainuddin adalah buku pertama yang saya baca untuk tahun 2015. Sejenis buku berbentuk pemikiran yang dipenihi dengan esei, catatan dan beberapa perkara yang saya sudah lupa. Menceritakan tentang kejadian dan pengalaman yang jarang sekali kita bercakap mengenainya di kedai kopi.
30 Januari saya habiskan masa dengan membaca Catatan Mat Luthfi. Buku yang isinya diambil dari tweet dan qoutes dari video Mat Luthfi, dipenuhi dengan ayat-ayat sarkastik tentang politik, ekonomi, sosial, kahwin muda dan ianya mengajak kita berfikir secara realistik dan melupakan angan-angan Mat Jenin memanjat pokok kelapa.
Cerita Bola Sepak Malaysia tulisan Lucius Maximus pula himpunan 14 cerita dari jemaah penggila bola sepak Malaysia. Saya tidak tahu dari mana Lucius Maximus boleh mendapatkan fakta-fakta yang kita tidak ambil kisah dan jarang sekali muncul di carian google. Buku ini adalah buku yang terbaik buat penggemar bola sepak Malaysia untuk mengenal sejarah yang kian pupus.
Tulisan Hasrul Rizwan tidak pernah menghampakan. Jahanam diperbuat dengan penuh kasih sayang, jalan cerita yang menarik dan plot twist yang diadun sebati dan hasilnya sangat menghiburkan. Mengisahkan tentang adik Junaidi- Bercakap Dengan Jun membalas dendam terhadap kematian tunangnya. Sebelum membaca Jahanam, dinasihatkan supaya khatam Murtad, Tuhan dan Bercakap Dengan Jun terlebih dahulu.
  "Tak lelakilah kalau tak main bola, tak tengok bola kat tivi kedai mamak, bro!" Kata Berahim Prewel Mati sambil menggaru-garu celah kelangkang sport short warna merah yang dia sedang pakai. Ya, ini adalah sedkit cebisan dari buku Lelaki Simpanan keluaran Sindiket Sol-Jah dan ianya dihasilkan dari kompilasi penulis-penulis otai Sindiket Sol-Jah. Buku ini berbaloi dimiliki jika anda mengalami masalah kemurungan.
Kata bijak pandai, "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang". Begitulah Dr. Mat Saleeh dalam buku Sebungkus Kuaci Cap Helang, juga keluaran Sindiket Sol-Jah. Menceritakan sebuah penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku seputar kehidupan diri dan masyarakat setempat pada tahun-tahun 70an dan 80an, terutama di tempat dia dibesarkan - Chemor, Perak (dan beberapa tempat lain).  
Rebel air tangan penulis sohor Saat Omar menyentuh tentang persahabatan, identiti dan persoalan generasi. Tidak banyak yang boleh saya katakan tentang buku ini kerana saya sudah lupa isinya namun apa yang boleh saya katakan ianya salah satu novel terbaik saya baca untuk tahun 2015.
Pendek Mabuk Gila keluaran Neon Terbit yang ditulis oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, pengendali blog Semusim Di Nerakamemaparkan himpunan cerita-cerita terpilih yang pernah disiarkan dalam di blog sepanjang 2007 - 2010. Apa yang saya boleh rumuskan di sini, otak saya mengalami kekejangan semasa cuba mengkhatam naskah ini.
Di dalam buku Limelight, pelakon kegilaan anak muda di suatu ketika dahulu iaitu Faizal Hussein, menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012). Dan Faizal Hussein juga menceritakan bagaimana korupnya industri filem kita.
Perempuan Tua Di Kedai Sup karya Petak Daud terbitan Dubook Press ini tidak banyak yang boleh saya bercakap mengenainya kerana sampai sekarang saya belum habis membacanya. 
Juga terbitan Sindiket Sol-Jah, Madame Bokary dihasilkan oleh penulis romantik dan sweet 666 iaitu Fikri Kacak dan Pelangi Bin Awan, tulisan di dalam buku ini mengajak kita mencintai dan menghargai emak kita dalam diam. 
Timbul Tenggelam adalah komentar sosial Tok Rimau tentang pertualangan hariannya. Ceritanya pendek-pendek dan menghiburkan. Sesuai dibaca ketika menunggu bas datang, kuliah bermula, kapal terbang berangkat dan kekasih hati siap berdandan. Juga keluaran Sindiket Sol-Jah.
Mat Tiara 2: Le Lipisien terbitan Poket Press dihasilkan catatan-catatan dan cerita pendek dari blog Ahmad Belia. Buku yang agak merepek namun sesuai dibaca ketika bergaduh atau bermasam muka dengan kutu-kutu kampung. 
Di dalam Brader Mellow, Godforsaken Land Dan Cerita-Cerita Mat Kilang keluaran Studio Anai-Anai, Stam Mustapha menulis cerita-cerita tentang dia, kawan-kawan dia, penyelia dia, dan bos dia; pendek kata, dia menulis tentang komuniti mat kilang tempat dia bekerja, nun di sana, di bandar Godforsaken Land. Sangat sesuai dibaca ketika anda baru lepas makan nasi.
Mantot menulis Cursing Malay terus dari hatinya. Meski tanpa pedang yang tajam, karyanya masih mampu menikam dan meninggalkan luka yang dalam bagi mereka yang faham. Tidak perlu metafora meleret bila berkarya dan itulah Mantot, melayu yang menyumpah.
Sama seperti Perempuan Tua Di Kedai Sup, buku Peripeteia Tragedi Yunani tulisan Nazim Masnawi ini tidak sempat saya khatam. Mengikut perkiraan saya, buku ini mengajar kita bagaimana mahu memaki hamun dengan betul dan bergaya.
Saring Sebelum Mereng sama seperti Cursing Malay. Juga keluaran Dubook Press, Mat Rodi menjawab kesemua persoalan tersebut di dalam Saring Sebelum Mereng ini. Buku ini adalah koleksi tulisan-tulisan Mat Rodi yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.
Karya Agong tulisan Nasron Yasin menceritakan mengenai bertapa kucar-kacirnya masyarakat Melayu. Buku ini dipenuhi dengan ayat-ayat sarkastik melampau (bagi orang yang mudah terasa) dan membuatkan ramai pembaca Melayu berkecil hati.
Buku Memoir Bukan Memoir keluaran Merpati Jingga, karya Pekin Ibrahim. Tak best langsung buku ni, rugi jeeeee.
Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya; di usia yang hendak menjangkau 50 tahun ini, entah macam mana saya boleh memiliki dan terbaca Renyah karya Gunawan Mahmood ini, padahal buku ini untuk pelajar tingkatan 4. Saya fikir, saya tidak pulangkan buku Renyah ini kepada pihak sekolah masa saya tingkatan 4 dulu.
Buku Tora Datang Lagi hasil daya ingatan Amirul Bozu ini berupaya mengenang kembali memori Suria Baja Hitam dengan lebih terperinci. Untuk generasi Z, saya cadangkan anda memiliki buku power ini secepat mungkin demi mengembalikan zaman-zaman kegemilangan bermain cuit tiang, bom plug, tepuk kad, cara-cara membuat meriam tanah dan beberapa permainan lain supaya tidak dimakan dek teknologi canggih.
Suka saya mengingatkan di sini, buku Sembang Tepi Jalan: Syurga Yang Hilang ini bukan karya The Faiz Ibrahim yang selalu acah-acah 'deep'. Bukan. Buku yang agak 'deep' ini dihasilkan oleh buskers tersohor Meor Yusof Aziddin. 
Untuk manusia yang malas membaca, saya cadangkan anda membaca buku Sesembang keluaran Dubook Press ini. Gambar kartun yang menarik dan dialog yang sedikit mampu menceriakan hari anda seperti anak kecil dapat krayon dan kertas lukisan.
Orang Ngomong Anjing Gong Gong ni buku menda, woi ? Status Pesbuk je ni....aduhhhhh.
Amran Fans ni pulak buku menda ? Status Pesbuk jeeee
Ok. Di saat saya hendak marah, berkecamuk dan mata berkaca akibat berasa sedih kerana terpedaya dengan buku Sesembang dan Amran Fans, semua perasaan itu hilang ketika saya membaca buku Yak Bok Te karya Amin Landak ini. Tak jadi hendak mengamuk.
Catatan Seorang Askar salah satu buku terbaik saya baca untuk tahun ini. Menceritakan liku-liku kehidupan seorang askar menjalani latihan tentera. Jika anda hilang semangat hendak hidup, buku ini mampu mengembalikan semangat perjuangan harmoni dan pastinya anda tidak kering gusi di saat anda menyelak satu demi satu helaian buku ini.
Sama seperti Catatan Seorang Askar, Orang Pahang Berlawan Bola Dengan Viking keluaran Neon Terbit juga sangat menghiburkan pembaca. Jika anda baru hendak membacanya, saya nasihatkan sebelum anda membaca buku ini jangan makan nasi terlebih dahulu. Saya bimbang nasi yang anda makan akan keluar balik, muntah nasi akibat gelak tawa yang melampau.
Superfiksyen keluaran Moka Mocha Ink merupakan antologi yang memuatkan dua belas cerpen bertema adiwira, dari kisah kematian superhero, ke naratif sidekick, antihero dan supervillain, selain hal-hal lazim kehidupan adiwira di pagi Ahad.  
Satu Sudu Teh Selepas Makan menceritakan tentang pengalaman doktor dan bakal doktor, dan sudah pasti ianya bukan berkisarkan tentang penagih dadah. Buku keluaran Studio Anai-Anai ini bagus dimiliki oleh setiap insan supaya kita mengenal/tahu yang doktor adalah orang tengah, orang yang bekerja di dalam bangunan di mana kelahiran dan kematian bertemu.
Marxisme Untuk Pemula tidak hanya menelaah pemikiran Marx, ia juga membincangkan perkembangan Marxisme secara menyeluruh: merentang dari Engels, Lenin, Trotsky, Gramsci, Mazhab Franfurt, Althusser, sampai Laclau dan Mouffe. Buku ini mengulas penafsiran posmodern atas Marxisme dan membangkitkan 'Pos-Marxisme' dalam konfrontasi Derrida dengan doktrin 'akhir sejarahnya' Fukuyama. Rumit juga buku ni sebenarnya.
Buku Terima Kasih S i Babi Hutan ini tidak sempat saya khatam secara total. Jujurnya saya tidak faham dengan isi buku ini. Jadi untuk mengelakkan saya merasa rugi, saya jual buku ini kepada rakan saya dengan harga rm30 dan wang itu saya gunakan untuk membeli Mekdi, support Yahudi.
Sama seperti Cursing Malay, Aku Tak Peduli dipenuhi dengan penulisan tajam, sinis, pedas dan teliti. Aku Tak Peduli mungkin satu-satunya artifak internet zaman kegemilangan blogosfera Melayu yang kekal relevan hingga hari ini.
Sempena hari jadi saya, kawan saya memberi hadiah buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Buya Hamka. Saya rasa tidak perlu saya katakan tentang buku ini kerana saya tahu ramai pembaca di luar yang sudah berjaya khatam buku ini dan tahu bagaimana jalan ceritanya.
Buku terbitan Neon Terbit tidak pernah menghampakan, sekurang-kurangnya untuk setakat ini. Mat Kampung Ketiar tulisan Hashim Zabidi menceritakan bagaimana pahitnya Mat Jan kehilangan satu telur akibat disondol babi.
Polaroid dari Moka Mocha Ink menceritakan tentang seorang lelaki dalam mengejar cinta, memori dan makna hidup.
Komrad Cinta tulisan Nomy Nozwir juga menceritakan tentang memori, makna hidup dan mengajar kita hukuman apa yang elok dikenakan untuk penyailang cinta. Orang yang baru putus cinta dinasihatkan menjauhkan diri daripada buku ini, bimbang nanti anda akan gantung diri sendiri.
Kancil-Man tulisan Ahmad Belia. Mengisahkan seorang lelaki bernama Joe menghadapi cabaran sebagai seorang rockers. Kisah Joe boleh dijadikan pengajaran hidup untuk kita supaya mempedulikan cakap-cakap belakang.
Bukan Perempuan Sundal antara buku terawal keluaran Dubook Press. Jalan ceritanya yang menarik, berkisarkan tentang dendam seorang perempuan yang mahu membalas dendam terhadap sepupunya kerana membinasakan kehidupannya. 
Saya menyukai tulisan Ridhwan Saidi kerana ada sesetengah bahagian di dalam bukunya agak kelakar dan menarik. Brazil keluaran Fixi berjaya membawa pembaca meneroka negara Brazil dengan jayanya. Di saat saya berbaring membaca buku ini, saya rasa turut bersama berada di Brazil.
Buku antologi lukis dan tulis iaitu Garis keluaran Fixi. Buku ini langsung tidak sedap dibaca, saya memilikinya kerana ia adalah edisi terhad.
Qisas. Seperti yang yang katakan tadi, tulisan Hasrul Rizhwan tidak pernah menghampakan. Dengan ramuan jalan cerita yang menarik, plot twist, penggunaan loghat Kedah dan nama watak yang menghiburkan, kesemua ramuan itu diadun sebati dan hasil sangat Bombastik !
Dompet Kulit Buaya ni buku menda pulak ?! Skip !
Che Untuk Pemula adalah buku yang mengisahkan keseluruhan kehidupan Che Guevera dari lahir hingga nafas terakhir. Jangan mengaku aktivis kalau tak kenal Che Guevara, simbol revolusi anak muda. Lahir untuk revolusi, Che mempelopori gerakan pembebasan di Amerika Latin.
Selain gemar membaca buku-buku yang sedap dibaca secara runcit-runcit, saya juga gemar membaca buku yang agak mencabar minda. Misalnya buku Teori Pengerakan Sosial; Kilasan Sejarah Dan Catatan Bibliografis. Tetapi malangnya, otak saya tidak mampu menghadamnya.
Lenin Dan Teori Praktek Revolisioner. Buku ini menguraikan gagasan-gagasan Lenin dan peranannya dalam Revolusi Rusia 1917. Rusia menjadi rujukkan karana tanpa itu mustahil untuk memahami Lenin yang percaya bahawa teori dan praktik tak bisa dipisahkan.
Surat Surat Cinta Yang Tak Kesampaian ni saya tak boleh pergi sangat. 
Pengembaraan Tanah Jepun sebuah travelog dan catatan pengalaman penulis yang juga dikenali sebagai Din Akar yang juga penulis siri zine punk Roots, bersama band Hellexist (Johor Bahru, MY) dalam serangan musikal ke atas Tanah Jepun.
Buku Konflik Di Hati Enrique menghimpunkan sepuluh buah cerpen hasil karya Nazri Hussein (Husna Nazri) yang dipersembahkan secara tegar dan matang. Semuanya digarap melalui sentuhan seni sastera yang mulus dan tersirat. Cerpen yang menjuduli buku ini mengetengahkan tentang pencarian terhadap warisan dan jati diri yang dipadamkan oleh sejarah masa silam. 
Kuda-Kuda Lembah Patagonia pula bertemakan tentang sukan, cerpen-cerpennya digarap melangkaui sempadan geografi dengan keperlbagaian budaya sebagai latarnya. Bermula dengan kisah si gadis yang gilakan bola sepak sehingga kisah budak lelaki dan judonya, cerpen ini membawa semangat sukan dalam fiksyen yang begitu mengesankan.
Karya-karya di dalam Sekapur Sirih Daripada Teja terlahir setelah sekian lama menyulam cita dalam cinta dan menyelam maknawi yang hakiki.  
Menghayati alur cerita dalam novel Jajahan Bonda, ianya menyedarkan generasi kini tentang perlunya mereka menyebatikan sikap bersatu padu, bertanggungjawab, bekerjasama, dan saling membantu dalam diri masing-masing selain menghendaki mereka meletakkan sikap berkasih sayang, bertoleransi, gigih, sabar, tabah dan berani.
Cerpen-cerpen di dalam Langit Runtuh mengetengahkan polemik manusia dalam diri sendiri dengan dunia realiti.
Buku Laki Garden adalah himpunan cerita daripada tiga orang bini tentang laki mereka. Kisah sweet-sweet yang menjadi tali pengikat hubungan mereka. Tali yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar, tetapi kita tahu tali itu ada di situ.
Licik keluaran Fixi mengisahkanFira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Buku ini termasuk dalam kategori 'Rare' apabila Fixi tidak lagi menjualnya atau dalam erti kata lain, berhenti daripada cetakan baru.
Isteri mengisahkan seorang model rupawan bernama Alma Dolores mati dibunuh. Buku Isteri ini asalnya buku karya penulis Indonnesia yang bertajuk Misteri Dendam Seorang Isteri tetapi diterjemahkan oleh Fixi. Sama seperti Licik, Isteri juga termasuk dalam kategori 'Rare'.
Buku Di Bawah Lindungan Kaabah ini tidak perlu saya ulaskan lebih lanjut kerana saya tahu, pembaca di luar sana terlebih dahulu membacanya berbanding saya.
Merantau Ke Deli pun saya malas nak ulas.
Sudah saya katakan seperti sebelum ini, air tangan Hasrul Rishwan tidak pernah menghampakan. Sarsaparilla terdiri daripada cerpen-cerpen hilang akal.
Rasok oleh Petak Daud. Juga himpunan cerpen-cerpen hilang akal.
Mampus oleh Fasyali Fadzly. Buku ini saiznya sama seperti Sarsaparilla dan Rasok, ianya berukuran sebesar Nokia Express Music dan mudah dimasukkan ke dalam poket seluar. Bezanya Mampus ini, ianya cerpan yang mengisahkan roh seorang pemuda yang berkeliaran bebas di dalam rumah sewanya.
Buku Tuan Direktur pun malas saya nak ulas.
Jangan terpedaya dengan buku bertajuk Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi. Ini bukan buku Syiah. Sama seperti Cursing Malay, Keldai Dan Kitab dan Aku Tak Peduli.
Cinta Keindahan Kesunyian oleh Kahlil Gibran. Jika anda mahu menulis syair, puisi, atau madah berhelah, buku ini adalah yang terbaik untuk anda melakukan uji kaji. 
Kisah 5 sekawan. 5CM menceritakan tentang perjalanan 5 sekawan yang terdiri daripada 4 lelaki 1 perempuan menjalani kehidupan menuju alam dewasa. Buku ini jadi tak best kerana terlalu banyak qoute dari penulis dan tokoh tersohor.
Buku pertama Lejen Press yang saya baca untuk tahun 2015. Certot Gila dihasilkan daripada 40 certot yang memenangi sebuah pertandingan menulis certot bertemakan Gila yang dianjurkan oleh Lejen Press. Sebuah certot saya turut memenangi pertandingan itu dan hasilnya saya dapat 10 buah buku Certot Gila secara percuma.
Kukila sebuah buku berbahasa Indonesia. Karya penulis terkemuka M. Ann Mansyur. Cerpen-cerpen yang sedap dibaca sebelum tidur menghiasi di dalamnya.
Juga sebuah buku dari Indonesia. Negeri Para Bedebah menceritakan bertapa korupnya pemimpin atasan.
Sambungan Negeri Para Bedebah, Negeri Di Hujung Tanduk juga menceritakan hal yang sama. Bezanya kali ini, Negeri Di Hujung Tanduk tampil lebih berani dalam menceritakan bertapa korupnya pemimpin politik dan orang atasan.
Stereo Genmai ni saya tak faham sangat ni.
Mautopia pun sama juga. Susah nak hadam ni.
Cerpan Dua keluaran Fixi. Juga salah satu buku edisi terhad yang ditulis oleh Dayang Noor dan Shaz Johar. Mengikut khabar angin seperti yang ditulis di halaman pertama buku ini, cerita di dalam buku ini boleh dibaca dalam Wattpad awal Januari 2016 nanti.
Pecah yang juga keluaran Fixi. Menceritakan kisah sekawan pemuda melakukan rompakan bank dan diselang-selikan dengan kisah-kisah lama yang terungkap. 
Juga buku edisi terhad keluaran Fixi, cerpen-cerpen di dalam Malam agak hambar. Saya memiliki buku Malam ini hanya kerana ianya edisi terhad, jika bukan kerana edisi terhad, sudah pasti saya tidak akan memilikinya kerana ranting di Goodgeads hanya 3 bintang dan ke bawah.
Tsukuru Tazaki Tanpa Warna Dan Tahun-Tahun Kembara. No komen.
Rage Rage Rage koleksi tulisan amarah oleh penulis-penulis tersohor DuBook Press.  
Dan buku terakhir saya baca untuk tahun 2015, buku yang berada di sisi saya semasa saya menulis catatan ini, buku Cerpen Terbaik 2014. Buku ini juga edisi terhad keluaran Fixi. Cerpen-cerpen di dalamnya diambil secara rambang oleh penyunting Wan Nor Azriq iaitu penulis buku Dompet Kulit Buaya.
Begitulah serba sedikit bahan bacaan saya untuk dikongsi bersama ketika saya boring tak ada kerja. Harus diingat ya, saya membaca bukanlah kerana hendak tunjuk poyo atau menunjuk pada masyarakat yang kononnya saya ini pandai, berfalsafah atau bajet bagus, saya membaca kerana saya berminat. Dan suka saya mengingatkan di sini, negara yang maju kerana rakyatnya yang banyak membaca.
Jadi, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu baca buku apa ? Berapa buah buku yang kamu baca dalam setahun ? Atau baca dalam Wattpad jee ke ?

Isnin, 12 Oktober 2015

Kehilangan

Beberapa hari lepas, masa aku melepak bersama kawan aku di sebuah kedai makan, sedang aku dan kawan aku bercerita tentang kehidupan dan diselang-seli dengan ketawa riang, kawan aku dapat panggilan telefon. Tanpa menyedari atau mungkin alpa ada duka dalam gembira, kawan aku jawab panggilan telefon dengan bersahaja.

Dalam kiraan 5 atau 10 saat, aku tak pasti, tapi yang pasti aku nampak jelas air muka kawan aku berubah. Berubah 100%. Wajah yang tadinya ceria bercerita itu dan ini, kini tiada lagi. Tiada keceriaan dan senyuman di wajahnya seperti tadi. Yang ada hanya wajah kebingungan. 

"Mak aku....." Kawan aku bersuara. Perlahan tapi cukup jelas aku menangkap butir suaranya.

Aku diam. Apa yang aku fikir di dalam kepala masa itu mungkin mak kawan aku telefon sebab menyuruhnya balik ke rumah. Ataupun mungkin maknya menyuruh kawan aku bungkus makanan dibawa balik. Itu yang aku fikir.

"Mak aku meninggal....." 

Sebaik saja aku dengar apa yang dikatakan kawan aku itu, aku rasa seolah-olah dunia ini berhenti. Otak aku ligat berfikir dan sejujurnya aku tak tahu apa yang aku fikir dan aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana ketika itu. Aku nak tenangkan kawan aku tapi aku tak tahu nak mulakan dari mana.

Aku cuma mampu tengok kawan aku teresak-esak menahan tangis. Aku tak dapat rasakan sepenuhnya apa yang kawan aku rasa tapi sedikit tempias kesedihan yang dialami turut aku rasa. Walaupun sedikit.

Apa yang aku bimbangkan, aku risaukan, kejadian seperti itu berlaku pada diri aku. Aku takut masa aku tengah bergembira, tengah leka dengan kerja, tengah lagho melepak atau apa-apa aku tengah buat, aku dikejutkan dengan panggilan telefon seperti ini. 

Sejujurnya aku belum bersedia untuk merasa terkejut dengan kehilangan orang yang aku sayang, Kehilangan orang yang bagi aku kasih sayang, orang yang besarkan aku dari sekecil-kecil manusia sehingga besar dewasa. Orang yang suapkan aku makanan ketika aku masih kecil dan tangannya memukul aku jika aku melakukan kesalahan.

Tapi aku cuba realistik, sekuat mana pun aku cuba melarang, segigih mana pun aku menghalang, akan tiba masa yang ditetapkan Tuhan seperti mana janji-Nya mati itu pasti. Bezanya mungkin lambat atau cepat, aku tetap akan merasa kehilangan.

Dan aku berharap bila tibanya saat yang dijanjikan oleh-Nya itu, aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan menerimanya dengan hati terbuka.

Al-Fatihah, kawan.

Ahad, 26 Julai 2015

Orang Yang Aku Jelek

Di sini aku senaraikan 5 jenis perangai manusia yang kalau boleh aku tak nak tengok di muka Bumi. Kalau boleh pupus macam Dinasour, biar pupus.

1. Orang yang memakai cermin mata hitam ketika berada di dalam shopping mall atau waktu malam
Orang yang berperangai macam ni sejujurnya aku tak faham apa yang bermain di dalam fikiran dia. Gila apa dalam shopping mall pun nak pakai cermin mata hitam, dalam shopping mana kena silau matahari.

2. Pemandu kereta/motor yang memandu serupa orang gila, cilok sana sini tapi berhenti di lampu isyarat bila lampu isyarat bertukar warna merah
Kemonlah. Masa memandu/menunggang bukan main serupa orang gila kau mencelah, cilok sana sini bajet kau Dom berlumba dengan Letty tapi bila sampai di lampu isyarat, kenapa berhenti di lampu isyarat ? Langgar je lampu isyarat tu, untung-untung terbalik kereta/motor kau kena sodok dengan kenderaan lain.

3. Beli barang berharga rm1.50 tapi bayar guna duit rm50 dan yang paling cilaka, 50sen pun tak ada
Aku tahu kau anak orang kaya, bapak kau VVVVVIP, semua kepala Agung dalam dompet kau besar tapi tak kanlah dalam poket kau langsung tak ada duit syiling atau duit kecil ? Kau ingat kedai ni tempat nak pecahkan duit ke ? Kau ingat penjaga/tokey kedai ada masa ke nak layan perangai bangang kau, setan ?

4, Pasangan yang nak berkepit 24 jam, tak nak lepaskan tangan/pelukkan
Ok. Aku tahu kau dan pasangan kau adalah pasangan yang paling sweet, paling ideal dan tak kan mampu dipisahkan melainkan ajal tapi cubalah berperangai matang sikit. Cilaka apa berjalan di pasar malam pun nak berpeluk mengalahkan budak kecil. Nak beli laksa sebungkus pun tangan pakwe/makwe tak nak lepas. Babi apa ?

5. Monyet masuk panggung wayang
Aku suka tengok wayang. Seboleh-bolehnya paling kurang sebulan sekali aku akan panggung wayang untuk menghilangkan stress. Ya, wayang boleh membuatkan aku hilang stress tapi silap hari aku pergi, keadaan dalam wayang boleh membuatkan rasa nak riot tumbuk muka orang. Aku malas nak kabor menda halnya dalam wayang sebab aku rasa kau pun rasa macam aku rasa.

Cukuplah setakat ni 5 orang berperangai menjengkelkan bagi aku, ada masa nanti aku tambah lagi cukupkan 10.

Khamis, 23 Julai 2015

Bos

Beberapa minggu lepas aku beri surat berhenti kerja kepada bos aku. Sesungguhnya aku tidak ada masalah sepanjang aku bekerja di sini tetapi disebabkan hidup aku terasa agak mendatar, tiada masa untuk diri sendiri dan tiada turun naik dalam kehidupan, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku perlukan sesuatu yang baru dan berbeza untuk terus hidup menempuh sisa-sisa kehidupan.

Sebaik saja bos aku dapat surat berhenti kerja yang aku berikan, dia sendiri datang berjumpa dengan aku untuk tanya apa masalah aku dan dia mahukan alasan kenapa aku nak berhenti kerja. Katanya dia tak berpuas hati dengan alasan yang aku tulis dalam surat berhenti kerja.

"You sudah lama kerja sini, kenapa tiba-tiba you mahu berhenti ? Masalah gaji ka ?" Bos aku berbangsa Cina bertanya.

"Gaji ok, bos. Cuma saya rasa saya dah tak boleh buat kerja ni. Saya rasa saya perlu buat kerja lain" Aku jawab gugup.

Ya. Perasaan gugup adalah satu perasaan yang cukup cilaka. Bilamana perasaaan gugup bercampur dengan perasaan ingin berterus terang, jawapan yang terhasil adalah sangat tidak memuaskan. Jawapan tidak tepat dan tidak mampu memuaskan hati penerima.

"You kerja sudah kerja sini lebih 5 tahun. You sudah jaga bisnes saya, saya mesti jaga you, you pekerja saya"

Aku hanya mampu senyum. Serba salah.

"Macam inilah, you ambil cuti dulu seminggu. Lepas seminggu you datang kerja balik. Lepas tu kita bincang balik pasal gaji dan saya berikan 3 bulan gaji pada you untuk bonus raya" Bos aku cuba memancing aku.

"Nanti laa saya fikir balik" Aku jawab tanpa berfikir panjang.

"Saya harap jawapan yang terbaik dari you" Bos aku menepuk bahu aku berkali-kali sebelum berlalu pergi.

Aku hanya senyum. Aku dapat rasakan bos aku meletakkan segunung harapan ketika menepuk bahu aku berkali-kali. Dan aku dapat merasakan beban yang teramat berat di bahu.

Malam itu aku tidur dalam keadaan mata tercelik bila memikirkan bonus sebanyak 3 bulan gaji.

Jumaat, 10 Julai 2015

Ketuanan Sakit Gigi

Mengikut kata sesetengah bijak pandai, penyakit sakit gigi berpunca dari memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti makan makanan orang lain tanpa izin, hisap rokok secara membabi-buta, makan rasuah tak ajak kawan-kawan dan beberapa hal lain yang saya tidak dapat ketahui.

Sesetengah orang beriman pula mengatakan penyakit sakit gigi merupakan pencuci dosa. Mungkin Tuhan "bayar cash" dengan apa si mangsa telah lakukan di sepanjang kehidupan lalu mendapat sakit gigi.

Terus terang saya katakan, jika penyakit sakit gigi ini merupakan satu hukuman untuk pendosa, saya tidak dapat bayangkan bagaimana seksa-Nya hukuman untuk pendosa di Akhirat nanti.

Bisanya sakit gigi hanya Tuhan, orang yang pernah mengalami dan orang pernah bersalin saja yang tahu. Ada ura-ura mengatakan yang kononnya bisa sakit gigi sama seperti orang bersalin. Walau bagaimana sekalipun, ura-ura ini tidak dapat dipastikan kerana belum ada bukti kukuh yang mampu menjelaskannya.

Masalahnya sekarang, saya sakit gigi ni.

Surat Untuk Bos

All Star Entertainment 
Lot 1.82, Tingkat Satu Berjaya Megamall,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

06 July 2015

PERKARA: Notis Berhenti Kerja

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Malik Ridzuan Bin Abd Raji ingin memaklumkan kepada Tuan/Puan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab tertentu mulai 16 July 2015.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, di sini saya nyatakan 2 tujuan mengapa saya ingin berhenti kerja. Pertamanya adalah kerana saya tidak dapat melakukan kerja dengan baik seperti mana Tuan/Puan inginkan. Demi mengelakkan syarikat Tuan/Puan mengalami bankrap jatuh muflis, saya membuatkan keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya menamatkan perkhidmatan saya di syarikat Tuan/Puan. Alasan kedua saya ingin berhenti kerja adalah kerana saya ingin menikmati keriangan hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan lapang dada tanpa memikirkan hal kerja. Sesungguhnya bercuti tetapi memikirkan hal kerja adalah sesuatu yang patut ditentang habis-habisan, baik dari sektor kerajaan mahupun swasta.

3. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana sudi memberi tunjuk ajar dan gaji yang memuaskan sepanjang saya bekerja di sini. Saya juga mengaku keputusan saya ini adalah kerelaan dari hati saya sendiri tanpa mendapat paksaan dari mana-mana pihak.

4. Diharap pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan/Puan adalah sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar
Mohd Malik Ridzuan Bin Abd Raji

Sabtu, 25 April 2015

Makwe Yang Ingin Bermain gitar

"Bang, sini ada ajar main gitar tak ?" Tanya seorang makwe kepada saya. Bibirnya menguntumkan satu senyuman, senyuman  yang langsung tak ada "kick".

"Tak ada dik. Di sini kami hanya menjual saja, kami tak ada buat kelas mengajar" Saya jawap kemas ala-ala CEO syarikat carigali.

"Alaaa. Tapi abang reti main gitar kan ? Abang ajarlah saya sikit" Makwe itu merengek manja. Dilentokkan badannya ke kiri ke kanan seperti ranting pokok ditiup angin.

"Oh. Kalau bab basic abang boleh tolong ajarkan tapi mestilah kena ada gitar dulu, baru senang nak belajar. Belilah gitar dulu, abang ajar nanti" Lagi sekali saya jawap kemas acah-acah bos padahal saya hanyalah seorang kuli.

"Ermmm, saya dah ada gitar sendiri" Jawapnya sedikit ceria.

"Tak apalah. Jika begitu, ada masa nanti bawa gitar ke sini. Abang ajar sikit-sikit" Jawap saya kurang ceria. Saya sangka dia ingin membeli gitar dan minta tunjuk ajar tapi sangkaan saya meleset mendadak.

"Baiklah. Esok saya datang lagi. Errr, kena bayar tak ni ?" Tanya makwe itu sekaligus melibaskan rambutnya ke belakang. Sebiji macam Mak Lampir !

"Ok. Bayarannya rm50 untuk sebulan. Satu bulan abang akan ajar lapan sesi dan setiap satu sesi, 1 jam. Amacam ?" Saya jawab pertanyaan sekaligus beri keterangan.

"Baik. Jelas, esok saya datang. Minta no handphone abang boleh ?" Jawabnya dengan jawapan berbentuk soalan.

"Oh ya. Lupa, ni no abang. Bla bla piu piu." Jawab saya ringkas dan padat.

"Ok. Terima kasih bang" Katanya sambil berlalu pergi.


                                                     
                                           TRUT TRUT TRUT
Malam itu ketika sedang saya menonton tv, satu mesej masuk. Mesej itu berbunyi begini:

"Salam bang. Ni saya Syida yang nak belajar main gitar siang tadi. Minta maaf bang, tak jadilah pasal belajar main gitar tu. Gitar saya mak saya dah bakar buat kayu api bakar lemang dan mak saya kabor, gitar tu permainan Syaitan."

                                                     ***

Kucing saya bertempiaran berlari tak cukup tanah, tv yang saya tengok berkecai hancur, handphone yang saya pegang tadi, saya campak ke dinding lepas baca mesej tu. Gampang.


Jumaat, 24 April 2015

Saya Dan Pelanggan

     Pagi itu saya buka kedai seperti biasa, lewat 10 minit. Seperti biasa, 1 jam pertama waktu bekerja, saya akan duduk secara bermalas-malasan sambil memikirkan mimpi semalam: mimpi jadi Superman. Saya keliru bila memikirkan pasal mimpi itu kerana setiap kali saya memikirkannya, saya akan terfikir adakah saya ini manusia biasa ataupun Superman ? Sedang saya bermalas-malasan, ketenangan saya diragut oleh seorang pelanggan.

"Woi ! Gitar ni berapa harga ?!" Tanya seorang brader kepada saya dengan intonasi suara separuh menjerit.

"Rm650 je bang. Free bag, cable dan strap. Kalau abang nak, saya kasi rm600 cukup" Saya jawab dengan peramah lalu saya mengukir satu senyuman yang cukup manis. Saya rasa itulah senyuman paling manis yang pernah saya berikan kepada pelanggan.

"Arghhhhh ! Mahalnya !! Aku nak gitar ni rm300, aku tak kira !! Kau tepon bos sekarang !! Jawab brader itu dengan penuh angkuh sambil menyandar di dinding kedai.

     Intonasi suaranya agak kurang ajar dan membuatkan saya hampir-hampir berubah menjadi Orang Super Saiya ke-3. Saya bimbang jika saya berubah menjadi Orang Super Saiya ke-3, saya hilang kawalan lalu memusnahkan Kuantan Parade, mak nyah, ikan keli, pengkid dan manusia lain di bumi. Tapi bersyukurlah pada Tuhan kerana diberikan saya sikap penyabar yang power.

"Tak boleh bang. Harga ni semua ikut sistem komputer dan saya tidak boleh sewenang-wenangnya tepon bos saya. Saya tak dapat ikut kemahuan abang, maafkan saya' Saya jawab dengan rilekss walaupun hati saya "dup dap dup dap". Saya cuba rileksskan diri saya kerana jika saya turut bermain emosi bersama brader itu, potensi untuk saya kena hempuk dek gitar adalah sangat tinggi.

"Arghhhhh ! Kau belum tepon bos kau lagi, mana kau tahu tak boleh ?! Aku nak gitar ni macam harga aku nak tadi ! Aku tak kira !! Tengking brader itu dengan  suara yang lantang sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Tingkah lakunya tidak ubah seperti anak kecil yang merajuk tidak dapat gula-gula.

"Macam inilah bang, saya malas nak bertekak. Kalau abang ada duit rm600, abang ambillah gitar ni tapi kalau abang tak ada rm600, biarlah gitar tu buruk di tempatnya !" Balas saya dengan suara yang agak keras. Dari cara percakapan saya itu, gaya saya tidak ubah seperti Harun Aziz di dalam movie Ombak Rindu. Tegas dan mantap.

"Oooooo. Nampaknya kau nak memperkotak-katikkan diri aku !! Dasar bajingan !! Bertukar !" Teriak brader itu kasar.

                                                  Pelepow pow pow

     Tidak semena-mena keadaan yang awalnya tenang dan kemudiannya agak tegang berubah menjadi kelam-kabut. Asap berkecamuk secara tiba-tiba setelah brader itu melaungkan kata keramat "BERTUKAR" dan bayang brader itu ditelan asap. Hal ini menyebabkan keadaan menjadi panik serta merta. Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Makcik, pakcik, makwe berkasut tinggi, pakwe hipster, kanak-kanak riang berlari bagaikan tidak jejak bumi. Laju dan pantas bagaikan panahan petir menyambar syaitan.

     Saya tahu brader itu sedang berubah menjadi sesuatu yang "aneh" kerana dari pengalaman saya sepanjang meonoton tv, kebiasaannya mereka yang berteriak "BERTUKAR" ini akan berubah menjadi "aneh". Ya, seperti Gaban misalnya.

"Kahkahkahkah. Akulah Raksasa Puyuh Stim. Aku akan musnahkan kau kerana kau telah memperkotak-katikkan diri aku tadi" Brader itu bersuara setelah asap yang menyelubungi dirinya beransur hilang.

     Saya yang tadinya sedang minum air nescafe sementara menunggu perubahan brader itu terperanjat seperti kutu babi. Rupanya yang agak hodoh itu membuatkan airmata saya berlinangan kerana menahan tawa. Matanya petak seperti lampu kereta, bibirnya besar seperti tayar treler, hidungnya pula kemek seperti dilanggar lori. Rupa rakasasa yang diberi nama Raksasa Puyuh Stim itu langsung tak sedap mana-mana mata yang memandang. Nampak macam langsung tak berguna.


                                         KRIIIINNGGGGGGGGGG

     Jam loceng berbunyi panjang. Barulah saya sedar yang rupa-rupanya saya bermimpi. Nampaknya saya betul-betul Melayu sejati kerana ada pepatah lama mengatakan: "Bukan drama Melayu namanya kalau tak ada adegan mimpi"

Ahad, 19 April 2015

GST Menyerang Negara Bahagian 2

     Sebagai seorang penjual peralatan muzik yang berwawasan dan steady orangnya, saya turut terkesan dengan cukai GST atau dengan nama sainstifiknya Golongan Susah Tertindas. Dari mana nama sainstifik GST(Golongan Susah Tertindas) ini tercipta tidaklah saya tahu, tetapi apa yang saya pasti ianya direka oleh pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan bertauliah: UMNO.

     Ok, persetankan pasal itu. Sebenarnya saya cukup kesal dan hampir-hampir menitiskan airmata rockers saya kerana walaupun sudah hampir sebulan GST dilaksanakan, masih ada segelintir umat manusia yang masih tidak memahami GST. Dari pemerhatian saya yang steady ini, boleh dikatakan 8 dari 10 pelanggan tidak memahami GST. Menurut firasat saya yang agak luar biasa ini, mereka ialah manusia buta kayu pemalas yarabi kerana malas mencari info di zaman serba canggih yang semua info terkini hanya terletak di hujung jari.

     Saya pernah berkelahi/meninggi suara/nyaris berperang dengan pelanggan yang ingin membeli gitar tetapi kegagalan mereka memahami GST, baik dari segi baik mahupun buruk sangatlah menegangkan perasaan saya. Kata mereka, alat muzik tidak dikenakan GST dan dituduhnya saya cuba menipu mereka. Tuduhan liar sebegini membuatkan saya tersinggung dan berkecil hati. Dan kena marah dengan pelanggan yang tidak memahami GST langsung tidak boleh dijadikan kenangan terindah sepanjang kehidupan.

     Saya faham benar dengan mereka kerana saya juga pengguna tetapi menyalahkan kami: Penjual bukanlah satu tindakan yang bernas dan bertamadun. Kami; Penjual hanya mengikut kehendak kerajaan dalam usaha memajukan negara.

     Sehingga ke akhirnya, jika anda rasa kami; Penjual menipu anda, bolehlah anda pergi report di mana-mana tempat sepatutnya. Dan jika anda mahu marah, pergilah berdemo di mana- mana jalan marahkan kerajaan, marahkan kami; Penjual tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

                                           

Jumaat, 10 April 2015

Aqu Cayunk Kamoo

     Masalah mengeja serupa cilaka ni sebenarnya aku tak tahu siapa yang mulakan dulu. Mungkin ada segelintir masyarakat menggunakan kuasa telepati lalu bersepakat mengeja serupa orang tak pernah sekolah sebabnya gejala mengeja berterabur semakin menular di kalangan masyarakat. Kalau budak sekolah yang mengeja macam tu aku tak ada hal sangat tapi bila orang dewasa yang acah-acah comel pun mengeja macam tu, maka habislah kita masyarakat Bumi. Kawan aku pernah cakap yang pengaruh berhak bertanggungjawab sepenuh ke atas mereka yang mengeja tatabahasa berterabur ni.

     Hal mengeja berterabur ni jangan pandang remeh sebab hal ni kalau tak dicegah lebih awal ada kemungkinan makcik-makcik dan akak-akak bertudung senteng akan terpengaruh dengan gejala tidak sihat ini.

     Aku berpendapat cikgu/ibu bapa/abang/rakan taulan/kucing peliharaan/musuh ketat harus peka dan mengambil berat dengan masalah ini. Pantau mereka yang mengeja berterabur dan hukuman berat dikenakan ke atas mereka. Jenis-jenis hukuman berat adalah:

1: Paksa mereka bina piramid dengan menggunakan batu-bata sebesar kereta Kancil
2: Paksa mereka minum air sabun berbuih berperisa lemon
3: Santau angin mereka dengan memberi mereka makan lepat pisang
4: Hapus/haramkan muzik K-Pop

     Bila adanya hukuman berat seperti ini barulah masyarakat berasa serik nak mengeja berterabur, bila masyarakat dah mengeja dengan baik tidaklah orang ramai pening kepala. Sekali lagi aku tegaskan, masalah ini perlu dicegah demi kesejahteraan generasi akan datang. Jangan sampai Fliza turun ke Bumi dan musnahkan penduduk Bumi, bila tibanya saat itu, menyesal pun dah tak berguna.

     Aku berharap cadangan aku ini dibawa ke parlimen.

Rabu, 1 April 2015

GST Menyerang Negara

     GST ni bagus ni sebenarnya. Selain mampu merabakkan poket yang sudah sedia kering. GST ini juga membuatkan duit syiling 5sen digunakan dan disayangi oleh rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur. Jika sebelum ini duit syiling 5sen dicampak merata-rata, dibuat baling anjing, diisi dalam tabung menderma di Mekdi, kini duit syiling 5sen membuat "kambek" dan kembali digunakan.

     Berkat menggunakan kembali duit syiling 5sen, saya berpendapat Wawasan 2020 nanti kita rakyat Malaysia sudah mampu memiliki kereta terbang kita sendiri kerana duit syiling 5sen mampu menjana ekonomi negara.

Ahad, 29 Mac 2015

Ketuanan Rockers

Pagi tu bermula seperti biasa, aku bukan kedai ngam-ngam pukul 10 pagi. Sebagai seorang rockers yang punya wawasan dan disegani oleh orang sekeliling, aku tak boleh main-main dalam bekerja. Aku kena serius, masa bekerja kena gigih. Masa bermain kena bermain secukup-cukupnya.


Nak dijadikan cerita, hari tu ada seorang makcik melintas depan kedai dengan pandangan memandang serong. Setelah  2 3 minit makcik tu memandang aku, dia masuk ke dalam kedai dengan cara berjalan yang mantap dan kemas lalu menanyakan satu soalan:

"Dik, kalau kerja kedai muzik ni harus berambut panjang ke ? Kalau berambut pendek serupa rambut kerani pejabat tak boleh ke ?

                                                      
                                                          ***
Dada aku tiba-tiba menjadi sebak, itu jam aku tak cakap banyak terus aku bagi Tendangan Pemusnah Zuriat pada makcik tu.